Jaebum!! muah <3 (gedik)
Terang habaq mai. 1st thing bila sembang dengan org..my eyes akan pandang gigi.
"gituu..sejak hg pakai braces ni..tau nk tgk gigi org ja..awat gigi hg dah elok sgt ka".. haha.. abaikan.
the next thing my eyes will land on the lips.. haa.. orang kata dari mata turun ke hati. Tapi cheq dak, cheq dari gigi and bibiaq turun ke hati.. Ok2..ckp KeyEL blk..
Dari bibiaq turun ke jiwa
Bibir adalah lambang keperibadian dan kecantikan serta merupakan bahagian penting wanita yang turut mendapat rangsangan dan naluri seks lelaki (apa niii...). Wanita yang bijak akan sentiasa mengekalkan bibirnya berkeadaan baik dan sihat. Bibir yang halus ini akan memberikan daya tarikan dan menampilkan seseorang wanita yang berkarisma. Selain dari wajah atau bentuk muka wanita yang menjadi perhatian wanita, bibir yang halus menjadi impian segelintir lelaki yang mengharapkan pasangannya itu seorang yang cantik. Ini kerana, bibir yang cantik akan menonjolkan wajah yang cantik. Kehalusan dan kemulusan bibir juga terletak di atas cantik atau tidaknya wajah yang dimiliki oleh seseorang wanita. Jadi, ingin saya kongsikan tips2 buat wanita2 dan lelaki2 yg mengidam kan bibiaq umpama abg TOP.
Your soo Hot..abg Top (gedik lagi..apa kena dgn hg ni??)
Boleh didapat di kedai jamu or drug store; honey (left) olive oil (right)
Tips Memerahkan Bibir Pertama:
-Bersihkan bibir anda. oles kan MADU ASLI pada bibir sehingga rata. lakukan tiap kali sebelum tidur
Tips Bibir Merah Kedua:
-di dlm bowl, tuangkan beberapa titis MINYAK ZAITUN, campur sedikit MADU. oles kan di bibir. madu boleh diganti dgn GULA. gosok dgn perlahan di bibir dan bilas.
Pilihan anda :) mana nak?? bibir cantik dan badan sihat?? atau..ingin menyumbang pada kekurangan kepadatan penduduk Malaysia menjelang tahun 2020.
LAGI TIPS-Untuk menjaga supaya bibir tidak hitam
- Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.
- Jika anda merokok, segeralah berhenti! Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.
- Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik menempel di bibir.
- Lipstik jangan sampai dibawa tidur. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
- Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir kamu bertambah kering.
- Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir kamu dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.
- Untuk menjaga kelembabanya, oleskan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam.
- Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.
PEMILIHAN GINCU
Seronok jadi perempuan kan ^^
1) Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit anda. Sekiranya rona merah jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang lebih redup. Mencampurkan beberapa rona gincu juga mungkin idea baik daripada membuang rona yang tidak sesuai itu.
2)Bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama, gunakan berus. Mendapatkan ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir, atas dan bawah.
3) Selalu sapukan madu pada bibir sebelum tidur kerana madu bukan saja menjadikan bibir menjadi merah tapi menyegarkan bibir untuk menjadi cantik dan seksi.
PUAS CAKAP PASAL BIBIAQ LA NI NK PROMOTE A MUST-HAVE-IN-YOUR-HANDBAG
Obuse lip tint!!! comel..kecik.. letak dlm poket pun muat
Dia ada banyak warna. Warna utama Red Apple, Cherry Pink, dan Orange.
Gini haa warna nya.. idaman tak?? :P (salah label kod T_T, penat nk edit)
Selain dari 3 warna utama...ada lagi Candy Lip tint.. Sayew sukew yg ni~~~
Obuse Candy Lip Tint
Kenapa lip tint jadi trend sekarang?? korang pakai sikit saja.. dot2.. smack lips.. jjgang jjgang~~~ Tahan sampai 6 jam!! Kalau korang nk feeling2 korea..boleh la cuba! saya akan buat full entry nanti utk lip tint. tunggu ye. if berminat boleh PM page
RM8 satu lip tint. Borong sekotak/sedozen RM50 exclude pos
Abg Hyun Jong pun penggemar lip tint
TETAPI.......
"Untuk bibir yang seksi dan sihat, juga disarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain"
Thank you for reading this entry
No comments:
Post a Comment